Friday, February 4, 2011

Tepung Bunga

Kuih ini kuih tradisi yang agak mudah dibuat
Biasanya mama buat hanya pada bulan puasa
Gambar di atas ialah buah tangan Su Nor
semasa datang berbuka puasa di rumah kita.
Bahan-bahan:

500 gram tepung pulut
3 biji telur ayam
2 cawan air
Gula secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:

- Bancuh tepung pulut dengan air hingga membentuk doh. Bentukkan doh sebesar guli dan leperkan .
- Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan telur dalam bekas dan pukul rata.
- Celupkan adunan tepung tadi dalam bancuhan telur dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan letakkan di atas tisu untuk menyerap minyak.
- Aturkan dalam pinggan dan taburkan gula secukupnya.

No comments:

Post a Comment