Wednesday, February 23, 2011

kari kepala ikan

Bahan-bahan  

  • 300g kepala ikan merah
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 peket serbuk rempah kari ikan
  • 1 keping asam keping
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji tomato (dibelah 8)
  • daun kari 
  • 1 batang Kulit kayu manis
  • Sedikit bunga cengkih dan bunga lawang
  • halba campur
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • air secukupnya 
  • bendi 
  • tomato dibelah empat

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk beserta daun kari,halba campur,kulit kayu manis,cengkih,bunga lawang
  2. Apabila bawang sudah kekuningan,masukkan rempah kari yang telah dicampur sedikit air.
  3. Apabila bahan tumisan sudah wangi,masukkan ikan,asam keping(tambah air jika perlu).Biarkan seketika.
  4. Kemudian masukkan santan,tomato dan sedikit air.Didihkan sebentar. 
  5. Masukkan bendi
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa

No comments:

Post a Comment