Sunday, February 6, 2011

Nasi ayam

Semasa kita masih tinggal di KK
Mungkin lebih dari 20 tahun yang lalu
mama mendapat resepi ini melalui 
siaran radio tempatan
resepinya menjadi
dan mama gunakan hingga kini

Bahan untuk nasi:
1 ekor ayam
1 cupak beras
2 cupak air
10 ulas bawang putih
3 inci halia muda(tumbuk ambil airnya)
1 kuntum bunga lawang
1/2 inci kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 sudu mentega
2 sudu minyak masak

Cara:
  1. panaskan mentega dan minyak
  2. masukkan bawang putih-goreng hingga kuning
  3. masukkan bunga lawang,kayu manis,cengkih dan air halia
  4. masukkan 1 cupak air rebusan ayam(ayam direbus dengan 2 cupak air hingga ayam itu timbul)
  5. masukkan garam hingga mendidih
  6. masukkan beras
  7. setelah masak taburkan dengan bawang goreng dan daun bawang.
Sop:
  1. air rebusan ayam dipanaskan
  2. masukkan halia,bawang putih dan lobak jeruk yang dimayang halus
  3. masak hingga mendidih
Sambal:
 Mesin semua bahan di bawah
10 biji lada merah
2 inci halia muda
6 ulas bawang putih
4 sudu cuka
1 sudu gula
garam
serbuk perasa
mijak bijan
air rabusan ayam

Ayam:
Lumur ayam dengan minyak bijan dan kicap pekat
goreng dengan api yang kecil.


No comments:

Post a Comment