Friday, February 4, 2011

Sate Long


Arwah Tok Long pandai memasak
Apa saja yang dia masak pasti best...
walaupun sambal belacan
Bahan yang digunakan sama tapi rasa tak sama...
hihihi...kata orang itu kerana air tangannya.

Ini antara resepi yang  mama dapat dari arwah Tok Long.

Bahan-bahan:
A.
1 ekor ayam-dipotong dadu
B
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih
 3 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
3 batang serai
1/2 inci halia
kunyit
C.
garam
manisan

Cara-caranya:
1.Bahan B dimesin dan campurkan dengan bahan c
2.Perapkan pada ayam semalaman dalam peti ais.
3.Cucuk sate dan bakar

Bahan untuk kuah:
A
1/2 kati kacang (goreng)
lada kering
bawang merah
bawang putih
halia
3 batang serai
2 buah keras
udang kering
jintan putih
B
*1/2 biji kelapa(santan)
asam jawa

Cara-cara:
1.Bahan A dimesin
2.Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan Bahan-bahan kisar tadi sehingga terbit minyak. 
3.Masukkan kacang yang telah ditumbuk tadi (anda boleh memasukkan santan jika perlu). 
4.Panaskan dengan api yang perlahan. 
5.Masukkan asam jawa, manisan dan garam. 

Hidangkan dengan sate dan nasi himpit










No comments:

Post a Comment