Tuesday, February 22, 2011

Spaghetti

Resepi ni mama peroleh dari 2 orang teman
iaitu Rimi dan Zliza...
Caranya lebih kurang sama..
Dulu mama suka memasaknya
Kini Inn pula mengambil alih...


½ paket spaghetti
500 gram daging cincang -yang digaul dengan garam dan lada putih
250 gram tomato puri
250 gram sos tomato

250 gram bawang besar dimayang
100 gram bawang putih dimayang
1 paket spaghetti bolognese

sos tomato
sos cili
cili bo
buah campuran
1 tin cendawan
200 gram mentega (butter)
Garam secukup rasa



A
Spaghetti direbus. 
Apabila spaghetti sudah lembut, masukkan sedikit mentega,
kacau dan toskan airnya.

B
1.Panaskan periuk dan cairkan mentega.
2.Masukkan daging cincang,dimasak hingga garing
3.Angkat

1.Tumis bawang besar dan bawang putih hingga garing
2.Masukkan  cili bo hingga masak
3.Masukkan bolognese ,daging,sos tomato,sos cili,buah campuran,cendawan dan kacau hingga sebati. 
4.Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air. 
5.Biar hingga mendidih. 
6.Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. 
Biar hingga masak.

No comments:

Post a Comment