Bahan-Bahan:
½ ekor ayam/daging
5 sudu cili boh
3 sudu rempah kerutuk
3 biji bawang besar-dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
½ inci halia-dikisar
garam
gula/gula melaka
asam keping
santan
1.Panaskan minyak dan tumiskan bunga cengkih,
kayu manis,bunga lawang dan buah pala
sehingga naik bau .
2.Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar halus bersama rempah,
cili boh dan kerisik sehingga garing.
3.Apabila rempah telah garing, masukkan ayam dan biarkan mendidih.
4.Masukkan santan,asam,gula dan garam, biarkan hingga pekat dengan api perlahan.
No comments:
Post a Comment