Friday, February 4, 2011

Tapai

Setelah berkahwin baru mama tahu cara membuat tapai
Hal ini kerana Tok Mi tidak pernah membuatnya
Tapi mak pandai membuatnya
Setiap kali hari Raya Mak pasti membuatnya
Biasanya mama hanya tolong bungkus dengan daun getah

Mama cuba juga buat
kadang-kadang jadi
kadang-kadang kurang menjadi 
walaupun mengunakan sukatan dan cara yang sama
cuma bekas saja yang berbeza
Bahan-bahan :

1 kg beras pulut
1/3 biji ragi yang dijemur
Daun getah untuk membungkus dan lidi

Cara-cara:

1.Kukus pulut dan sejukkan di dalam dulang.
2.Hancurkan ragi
3.Gaulkan dengan pulut yang telah sejuk tadi.
4. Pulut dikepal kecil2 menggunakan sudu dan dibungkus di dalam daun getah.
5. Peram pulut selama dua hari. Setelah dua hari bolehlah dimakan.

No comments:

Post a Comment