Friday, February 4, 2011

koleh ubi

 Semasa Hari Keluarga Sallij baru-baru ni
Teh bawa koleh ubi...umppp..best
Dah agak lama mama tak buat...


Mama cuba ingat-ingat balik resepi yang Tok Mi pernah buat

Bahan-bahannya:

1 kg keledek (ubi stelo)-ditumbuk setelah direbus
santan pekat biasa
2 biji telur
daun pandan
bunga cengkih/kayu manis
nisan(gula melaka)/gula
air
garam

Cara-cara:

  1. Pukul telur bersama santan
  2. Masak  gula melaka bersama air hingga  larut.  
  3. Masukkan   daun pandan,bunga cengkih dan kayu manis
  4.  Masukkan no 1 dan keledek yang telah ditumbuk-gaul rata.
  5. Kacau selalu supaya tidak hangus.
  6. Kacau sehingga kering dan adunan tidak melekat diperiuk. 
  7. Sejukkan dan potong.

No comments:

Post a Comment