Wednesday, February 23, 2011

gulai terung/pajeri nanas

Masakan  ini  adalah warisan keluarga kita.
Mama peroleh dari Tok Mi,
dan Tok Mi peroleh dari arwah Tok.
Mama suka sangat gulai terung 
dan pajeri nanas versi tok ni
tapi abah kurang suka...
jadi mama jarang memasaknya
kecuali untuk tetamu...
Jika makan di kedai...pasti ini pilihan mama.

Resepi untuk kedua-dua ini sama saja...

Bahan A
4 biji terung /nanas
2 s/b lada giling
1 ulas bawang putih -dikisar

1 biji bawang besar -dikisar
3/4 inchi halia -dikisar

1 s/b rempah kerutuk
 santan 

kerisik
udang kering dikisar
sedikit gula melaka
garam secukupnya 


Bahan B
4 biji cengkih
1 inchi kulit kayu manis 

1 biji bunga lawang
4 biji buah pala

Caranya
1. Tumis  bahan B

2.Masukkan lada giling  dan rempah dan udang kering                       
- tumis sehingga garing 
3. Biar sehingga naik bau  
4.Masukkan keresek
4. Masukkan santan dan terung/nanas

5. Masukkan gula melaka dan garam
6. Masak sehingga pecah minyak

No comments:

Post a Comment