Sunday, February 27, 2011

Shepherd's pie

Semasa solat hajat
rumah ayah cik,Chik bawa Shepherd's pie
Sedap...hingga licin

Inn pun berkobar-kobar nak buat
Lalu buka blog chik
tengok bahan untuk dibeli
dan hari ni dia pun buat
menjadi...
best...

lalu mama pun...
copy resepinya
Terima Kasih Chik/adik..(halal ye?)


bahan2


500gm daging kisar
1 ulas bawang putih-dicincang
1 labu bawang besar-dipotong dadu
1 1/2 cawan mix vege
8 biji cendawan dalam tin-dibelah 4
3 biji buah tomato masak
2 batang daun celery-diracik halus
1 1/2 sb lada hitam-ditumbuk
1 kiub stok daging – guna kiub  chicken stok
sedikit garam-jika perlu.
1 bungkus mozarella cheese

1 tin campbell mushroom sup
cara
panaskan minyak
tumis bawang besar dan bawang putih
masukan daging kisar dan cendawan.
kacau rata hingga daging masak.
masukan tomato dan semua bahan lain kecuali cheese.
dan gaul rata hingga masak.

bahan2 kentang atau mash potato


1 kg kentang-buang kulit,cuci bersih kemudian kukus hingga kentang lembut
1/2 cawan susu segar
2 sb mentega
serbuk lada sulah dan sedikit garam
kentang dilecek dan digaul bersama susu dan lada sulah
ketepikan

cara nak buat Pie
sediakan bekas kaca atau acuan pie
ambil mash potato dan ratakan dalam acuan
masukan inti daging
curahkan sop campbell yang telah dimasakkan dan disejukkan

tutup dgn mash potato semula -
akhir sekali taburkan mozarella cheese di atas permukaan 
bakar di dalam oven yang sudah di panaskan 200 c selama 30 minit atau sehingga permukaan atas keperang - perangan

apam eno



Semasa arwah tok ada
dia selalu buat apam  ni
tambah sedap makan dengan kuah tok
ummmp lebih
Tapi mama tak belajar dari tok
Semasa mama di KK dulu
mama dapat resepi ni
guna eno...tok guna tapai...
dan ketika itu mama selalu buat
kerana anak-anak yang masih kecil
sukaaa...
Tapi tika Cukur jambul hari tu mama
beli...hihihi
lama dah tak buat
bekasnya pun dah tak tahu di mana...

  • 300g tepung beras
  • 8-10 sudu besar gula pasir
  • 280-300ml air
  •  eno 
  • pewarna merah, hijau,kuning

Cara-cara

  1. tepung dibancuh dgn air  sedikit-sedikit dan gula.
  2. bancuhan tepung itu dibahagi 4- merah, hijau ,kuning dan satu lagi dibiarkan warna asal.
  3. masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.
  4. sementara itu panaskan periuk kukus. 
  5. bila mendidih, letak acuan apam sekejap dlm periuk kukus. dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.
  6. bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut putih yg dicampur dgn sdikit garam atau kuahnya

pulut kuning

Semasa cukur jambul Aeisyah Nur Humyra
Tok Mi buat pulut kuning
lama mama tak buat
pulut kuning
best dimakan dengan rendang atau dendeng
  • 4 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • garam
  • gula

Cara-cara

  1. Rendam pulut bersama serbuk kunyit lebih kurang 1-2 jam 
  2. Cuci dan toskan pulut dan kukus hingga 1/2 masak
  3. Keluarkan dari kukusan dan masukkan dalam bekas. 
  4. Kemudian tuangkan santan yang dicampurkan secukup garam dan gula ke dalam pulut tadi 
  5. Gaul hingga rata
  6. Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus hingga masak

Laksa Besut


BAHAN KUAH LAKSA :
5 ekor ikan kembong -diambil isinya dan ditumbuk
1/2 camca besar gula
1/2 camca teh garam
4 cawan santan
3 keping asam gelugor
4 biji bawang merah-ditumbuk
1/2 inci halia-ditumbuk
UNTUK KUAH LAKSA :-
 1.Masukkan semuanya ke dalam periuk 
2. Masak dan kacau rata. 

ULAM:
Hirisan halus timun
Taugeh, dibuang ekor
Hirisan pucuk daun kesom
Hirisan kacang panjang 
bunga kantam

LAIN-LAIN
Garam
belacan
cili yang ditumbuk(sambal)

Jeruk kelubi


Semasa kecil mama suka juga makan
jeruk kelubi
tambah jika dibuat ais krim
tapi
bila dah senja mama
tak berapa suka
rupanya usia menentukan selera

Di kebun abah
ada pokok kelubi
jadi kadang-kadang kami buat jeruk kelubi

Cara-caranya:
1.Buah kelubi dibuang kulitnya
2.Rendam buah kelubi dengan air garam semalaman
3.Masak gula hingga pekat
4. Sejukkan
5.Masukkan kelubi dalam air gula
6.Gaul rata
7.Perapkan semalaman 
...dan boleh makan...

Saturday, February 26, 2011

sambal tempoyak

Sambal tempoyak disukai oleh semua ahli keluarga kita
Sambal tempoyak yang amat mudah iaitu

1.Tumbuk cili padi/cili hidup bersama garam
2.Masukkan gula

 
3.Masukkan tempoyak dan gaulkan
Mudahkan?
Mudah dan sedap...

dendeng

gambar diambil dari kasihredha 

Resepi ini mama dapat dari seorang adik-Ustazah Ain
Biasanya pada bulan puasa
kami akan tempah dendeng dari kak ani(mak sabrah-bekas pelajar)
kerana mama tak pandai masak tapi pandai makan
lalu suatu hari Ain memberi resepi ni
mudah je...
Terima kasih Ain...
Sejak hari itu mama guna resepi ini...
tapi tetap juga beli dendeng kak ani...
Kenapa?....hihihi...tak de orang sudi nak tumbuk daging...
hahahaha...
tapi resepi ini memang menjadi jika RAJIN...

bawang goreng


  1. 1 kilo daging yang dihiris nipis setelah direbus
  2. 1 kilo bawang besar dimayang dan digoreng kekuningan
  3. goreng daging dan tumbuk  hingga pecah
  4. kisar cili kering
  5. tumis cili hingga garing
  6. masukkan kicap manis hingga garing
  7. masukkan daging dan bawang
  8. masukkan garam

keli masak merah


Bahan-bahannya:
ikan keli
10 biji cili kering (kisar)
10 ulas bawang merah (mayang)
3 ulas bawang putih (mayang)
 air asam jawa
belacan(jika suka)
serbuk kunyit
garam (secukup rasa)
gula (secukup rasa)
minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1.ikan keli dibersihkan dan digaul bersama garam dan serbuk kunyit.
2.panaskan minyak dan goreng ikan tersebut hingga masak.
3.ketepikan.
4.tumis bahan2 yang dimayang hingga separuh garing.
5.kemudian dimasukkan cili kering yang telah dikisar.
6.tumis hingga pecah minyak. 
7.kemudian masukkan air asam jawa, belacan,garam dan gula. 
8.akhirnya masukkan ikan dan gaul sebati.

daging goreng kunyit

  • daging 
  •  garam dan serbuk kunyit 
  • minyak masak
  • bawang putih 1 biji dimayang
  • bawang besar dimayang bulat
  • lada merah/cili hijau 1 biji  dihiris serong

Cara-cara

  1. hiris daging 
  2. gaul hirisan daging dengan garam dan kunyit
  3. masukkan daging  ke dalam kuali
  4. masak daging tanpa minyak untuk mengeringkan air daging 
  5. apabila air daging kering, masukkan minyak masak dan goreng seperti biasa
  6. masukkan  bawang putih yang dimayam tadi. goreng hingga layu.
  7. kemudian, masukkan hirisan bawang besar dan lada. gaul rata 
  8. goreng sehingga semuanya garing 

    Friday, February 25, 2011

    ketupat sotong

    • 10 ekor sotong sederhana besar
    • 1 cawan beras pulut
    • 2 cawan santan sederhana pekat
    • sedikit garam

    Laksa Johor

    Laksa ni bukan asal hidangan keluarga kita
    Tok Mi tak pernah buat
    kerana
    kita popular dengan laksa Kelantan.
    Mama mula makan laksa Johor di rumah Tok Cik
    dan sejak akhir-akhir ini tentunya di Laksa Shacks
    Mama rasa resepi ini mama peroleh dari Tok Cik
    lupa....dah lama....
    dah buat....jadi...

    Kuah
    Bahan untuk dikisar
    • serai
    • lengkuas
    • halia
    • cilikering
    • bawang merah
    • bawang putih
    • buah keras
    • udang kering
    • udang hidup
    • ikan kering
    Bahan Lain:
    • rempah kari
    • santan
    • isi ikan
    • kerisik
    • asam keping
    Cara-caranya:
    1. bahan kisar dicampur dengan rempah kari
    2. tumis bahan 1
    3. masukkan santan hingga masak
    4. masukkan ikan dan kerisik
    5. masukkan asam
    *laksanya ialah spageti

    Ulamnya
     kacang panjang dihiris
     taugeh
    cili merah
    timun dihiris
    bawang besar dimayang

     Tambahan
     limau kasturi
     telur rebus

    puding gula hangus

    Puding gula hangus ini ada yang panggil  karemal.
    Dulu Tok Mi selalu buat.
     Mama hanya makan-tak pernah buat
    Dan bila dah kahwin ...
    bila teringin nak buat baru tercari-cari resepinya
    Tapi resepinya hilang...
    Mama pun  tanya kawa-kawan...ini antaranya
    • 1 tin susu manis
    • 10 biji telur besar
    • 2 sudu  vanila
    • 1 sudu besar tepung kastad
    • 5 sudu besar gula
    • 1 3/4 tin air

    Cara-cara

    1. Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
    2. Kacau telur (tidak perlu kembang)
    3. Masukkan susu,air,tepung kastad,vanilla dan kacau perlahan
    4.  Tuang ke dalam loyang 
    5. Kukus dengan api sederhana selama 10 minit
    6. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

    Thursday, February 24, 2011

    laksam

    Cara membuat laksam ini mama dapat dari teman mama
    -Rimi anak jati terengganu
    -Laksamnya begitu menjadi

    • 1 plastik tepung peras(500 gm)
    • 1 sudu tepung jagung
    • 3 mangkuk air
    1. bacuh tepung dengan air hingga hancur
    2. sentiasa kacau -curah atas ke bawah
    3. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. 
    4. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. 
    5. Kukus sampai masak.
    6. gulung
    7. potong
    Untuk kuah:

    1. Tumbuk isi ikan dengan bawang merah . 
    2. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama santan,garam,asam jawa dan sedikit gula.
    3. Masak  
    Ulam
     timun,kacang  panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)

    Sambal
    Cili ditumbuk

    Lain-lain:
    • belacan
    • garam
    • limau

    Mi Kari

    A
    Mi dicelur

    B.
    200 gm tauge (dicelur)
    2 tangkai sawi (dicelur)


     C.
    1. tumis cili bo hingga masak
    2. kisar lengkuas,serai,buah keras,udang kering,ikan kering,bawang putih dan bawang merah
    3. masukkan bahan kisar dalam cili bo
    4. masukkan santan
    5. masukkan ayam yang digaul dengan garam,fish ball dll
    6. masukkan asam gelugor,tauhu dll



      nasi kerabu

      Satu lagi resepi yang mama peroleh dari Kak Nah
      Resepi ni menjadi...
      DULU-DULU mama selalu buat
      sekarang dah berkurang...
      kurang tenaga...shhhhh...

      A
      1. Santan -masak hingga pecah minyak
      2. masukkan cili,halia,bawang merah,serai,bawang putih yang telah ditumbuk
      3. masukkan asam
      4. apabila mendidih masukkan gula dan garam
      5. masak dengan api yang perlahan

      B
      1. basuh beras
      2. daun kunyit,daun pandan,daun kadok,daun lengkuas,daun kunyit dimesin
      3. perah dan masukkan dalam beras
      4. masukkan daun limau purut dan daun pandan
      5. masak nasi seperti biasa
      C
      1. lada hidup,cuka,gula,garam dikisar
      D
      1. isi ikan ditumbuk
      2. goreng kelapa hingga kekuningan
      3. tumbuk bawang merah,serai,halia,lada hitam
      4. gaul semua dengan garam dan sedikit nisan



      masak lemak tempoyak

      Bahan-bahannya:


      -  ikan
      - 3 biji cili padi
      - 2 batang serai
      - 1 labu bawang besar
      - 1 ulas bawang putih
      - 1 keping asam gelugur
      -  santan
      - 2.5 sm kunyit hidup
      - Garam secukup rasa
       -tempoyak
      -daun kunyit dihiris halus
      Cara-caranya:

      1. Bersihkan ikan
      2. Cili api, bawang merah ,bawang putih dan kunyit hidup ditumbuk hingga lumat
      3. Serai dititik
      4.  Masukkan ikan dan bahan yang sudah ditumbuk ke dalam periuk berserta serai dan santan.
      5. Masak hingga mendidih.
      6. Masukkan pati santan,  asam gelugur dan kerisik, kacau hingga rata.
      7. Masukkan tempoyak dan daun kunyit
      8. Masukkan garam secukup rasa.

      Masak lemak cili padi

       Masak lemak cili api ni mama gabungkan
      dari pelbagai versi...
      jadilah resepi mesir(kok sir-kata arwah long)
      Resepi ni boleh digunakan untuk ikan dan ayam.


      Bahan-bahannya:
      - 1 ekor ayam/ikan
      - 3 biji cili padi
      - 2 batang serai
      - 1 labu bawang besar
      - 1 ulas bawang putih
      - 1 keping asam gelugur
      -  santan
      - 2.5 sm kunyit hidup
      - Garam secukup rasa

      Cara-caranya:
      1. Ayam dipotong
      2. Cili api, bawang merah ,bawang putih dan kunyit hidup ditumbuk hingga lumat
      3. Serai dititik
      4.  Masukkan ayam dan bahan yang sudah ditumbuk ke dalam periuk berserta serai dan santan.
      5. Masak hingga mendidih.
      6. Masukkan pati santan,  asam gelugur dan kerisik, kacau hingga rata.
      7. Apabila ayam sudah empuk, masukkan garam secukup rasa.

      sayur pedas petola/labu air

      Sayur air ini popular dalam keluarga kita.
      Tambah sedap jika dimakan dengan budu(hihihi)
      Resepi ini bukan saja boleh digunakan untuk petola dan labu air
      malah boleh ditukar dengan pucuk nidin,cekur dan lain-lain.
      Tapi mama lebih suka petola dan labu air.

                     





      1 labu air saiz sederhana/petola-dipotong
      isi ikan panggang atau ikan rebus
      2 biji bawang merah

      2 biji bawang putih
      1 sb lada hitam
      1 sb budu/belacan
      garam
      1 liter air
      1. Tumbuk hingga lumat bawang merah,bawang putih, lada hitam dan isi ikan.
      2.  Masukkan labu/petola dan  bahan2 yg ditumbuk ke dalam periuk. 
      3.  Masukkan budu/belacan  dan garam
      4.  Masak  hingga mendidih dan hingga labu/petola lembut.

      kerabu taugeh Tok Mi



      Bahan-bahanya
       taugeh yang dibuang ekornya
       bawang merah ditumbuk,
       cili giling
       kelapa goreng yang ditumbuk kasar

       isi ikan yang telah direbus dan ditumbuk
       cuka
      sedikit gula
      sedikit garam

      belacan

      Caranya

      1. Taugeh  dicelur sekejap saja dan toskan airnya. 

           Ketepikan dulu.
      2. Masukkan semua bahan dan gaul rata.
          -dah siap...
          -sedap dimakan dengan nasi malah ratah je pun sedap...