Wednesday, March 16, 2011
dadar berlauk tok mi
Mama adik beradik suka sangat dadar berlauk
dan Tok mi selalu buat.
Mama hanya tolong Tok Mi aja....hihihi(ok jugak kan?)
Adunan kulit
1/2 kilo tepung gandum
air
2 biji telur
sedikit garam
Caranya:
1. Campurkan semua bahan di atas, kacau dan tapis (boleh blend supaya adunan betul2 sebati )
2. Dadarkan di atas kuali leper (non-stick) dengan sedikit minyak dilenserkan terlebih dahulu.
3. Bila dah masak letak inti dan lipat macam mini murtabak tu.
4. Celup dengan telur yang telah dipukul
5. Masak semula dalam kuali leper hingga kekuningan
Inti
Kentang/keledek 2-3 biji dipotong dadu.
1 biji bawang besar - dipotong dadu
ayam dipotong dadu
bawang putih-mayang
sedikit lada hitam - tumbuk halus (ikut kepedasan)
kicap
gula sedikit
garam secukup rasa
minyak untuk menumis.
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kuning .
2. Masukkan daging ayam hingga masak
3. Masukkan kentang,bawang besar,lada hitam,kicap,gula dan garam.
4. Kacau sebentar dan biar hingga agak kering, sesuaikan rasa
5.Sejukkan sebentar barulah digulung dengan kulit dadar tadi.
Labels:
kuih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment