Wednesday, March 16, 2011

acar bendi

Bahan A:


10 biji kacang bendi
Bahan B3 ulas bawang merah.
1 ulas bawang putih.
1 inci halia.
cili kering
Bahan C1 cawan air.
Sedikit minyak untuk menumis.
garam& gula secukup rasa.
1 biji cili hijau -belah dua.
1 biji cili masak -belah dua.
 cuka.

Cara-caranya:
Cuci kacang bendi dan potong dua.
Kisar bahan B hingga lumat.
Panaskan minyak tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik baunya.
Masukkan air
Masukkan garam,gula dan cuka-seimbangkan rasa masin,manis dan masam.
Masukkan  bendi , cili merah serta cili hijau.

Angkat setelah  mendidih 

kek coklat

A
1 3/4 cawan gandum
1 cawan serbuk koko
2 biji telur
2 cawan gula
1/2 cawan minyak mazola
1 cawan susu cair
1 sudu bikarbonat
1 sudu garam

B
1 cawan air panas mendidih

1.campur semua bahan A-putar
2.masukkan air panas mendidih
3. putar sampai kembang

Topping:
1 keping cooking coklat
1 tin reduce nestle cream
1/4 butter

Cara
1. double boiler
2. bila cair-masukkan butter
3.kacau rata
4. masukkan nestle cream
5.sapu atas kek
6.simpan dalam peti ais

Mi Cendawan

Mi ni pula mama dapat dari Auntie Lina(jiran kita)
Mama dah cuba-jadi...
Terima kasih kak Lina...

A
Cili kering
bawang putih-ditumbuk
halia-ditumbuk

1. Tumis bahan A
2. Masukkan sos tiram
3. Masukkan air,ayam,cendawan yang telah direndam
4.Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh
5. Masukkan mi dalam kuali
6.Curah kuah dan masak sekejap

Puding Trifle

Gambar hiasan hasil tangan Hanis
Masa makan-makan rumah Chik dulu Su Nor ada bawa puding ni....habis..
Dua hari lalu masa mama gi rumah Su Nor hantar Tok Mi
Su Nor hidang puding ni...
mama minta resepi dari Su Nor
Su Nor kata mama pernah buat puding ni...
hihihi...itu puding campak2...reka je...

Kebetulan malam ni masa mama selongkar2
mama jumpa resepi ni dari Rahanis tapi sumbernya Kak Maizana..
Jadi  seperti orang mengantuk disorongkan bantal...
mamapun copy...terima kasih Hanis  dan kak Maizana..
Pasti mama akan cuba...


Sumber: Kak Maizana 

Bahan 

Swiss roll 
1 tin fruit cocktail 
Kristal Jelly 
1tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir 
4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit 
Yogurt atau whipping cream

Cara membuatnya: 

Lapisan 1 
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail ke atas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu 

Lapisan 2 
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang atas lapisan 1 tadi. 

Lapisan 3 
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap. 

Lapisan 4 
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan). 


Lapisan 5 
Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream ke atasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawberry ke atasnya/badam panggang 



*whipping cream dipukul hingga gebu dan sapu ke atas lapisan jelly tadi


Ini hasil kerja mama...

tepung ayam goreng

Resepi ni juga mama dapat dari teman mama-Soleha
Terima Kasih Ha...


A-(Kisar)
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 sudu ketumbar


B-(Tumbuk)
Bawang putih
Halia
Garam
Kunyit


Perapkan ayam dengan rempah tadi selama 1/2 jam dalam peti sejuk


Tepung:(Gaul)
1 senduk tepung gandum
1 senduk tepung beras
garam


keluarkan ayam yang telah diperap
golek atas tepung
golek atas telur
golek atas tepung


*Untuk simpan:
Gaul tepung dengan rempah

dadar berlauk tok mi



Mama adik beradik suka sangat dadar berlauk
dan Tok mi selalu buat.
Mama hanya tolong Tok Mi aja....hihihi(ok jugak kan?)


Adunan kulit 

1/2 kilo tepung gandum 
air 
2 biji telur 
sedikit garam 

Caranya: 
1. Campurkan semua bahan di atas, kacau dan tapis (boleh blend supaya adunan betul2 sebati )
2. Dadarkan di atas kuali leper (non-stick) dengan sedikit minyak dilenserkan terlebih dahulu. 
3. Bila dah masak letak inti dan lipat macam mini murtabak tu. 
4. Celup dengan telur yang telah dipukul
5. Masak semula dalam kuali leper hingga kekuningan

Inti 

Kentang/keledek 2-3 biji dipotong dadu. 
1 biji bawang besar - dipotong dadu 
ayam dipotong dadu
bawang putih-mayang

sedikit lada hitam  - tumbuk halus (ikut kepedasan) 
kicap
gula sedikit 
garam secukup rasa 
minyak untuk menumis. 

Cara membuatnya: 

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kuning . 
2. Masukkan daging ayam hingga masak
3. Masukkan kentang,bawang besar,lada hitam,kicap,gula dan garam. 
4.  Kacau sebentar dan biar hingga agak kering, sesuaikan rasa   
5.Sejukkan sebentar barulah digulung dengan kulit dadar tadi.

Puding Roti

Mama dapat resepi ini dari Cigu Zliza
Dia memang pandai masak
Terima Kasih Za...

1 bungkus roti(besar)
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
8 biji telur
butter
gula

Cara-caranya:
A.
-Susun roti keping yang ditabur butter dan gula
-Susun ikut suka(2 @ 3 lapis)
-antara lapisan boleh ditabur kismis

B.
-Pecahkan merah telur dan masukkan vanilla

C.
-Campur susu pekat,susu,gula ,air buah/nanas
-Campur B dan C
-Susun nanas/buah
-Curah atas roti

Bakar 40 minit(180-atas bawah)
tabur gula pasir hingga tak nampak roti

pisang goreng bersalut gula

Bahan-bahan:

pisang yang mekar/keras
planta
gula

Cara-cara:
1.cairkan sedikit planta
2.goreng pisang tanpa tenggelam dalam planta(sedikit)
3.goreng hingga kekuningan
3.angkat dan tabur gula 

Friday, March 4, 2011

kari tulang


Pah @ Cik Ngah memang pakar 
masak kari tulang
lazat sangat
Lalu mama dapatkan cara darinya....
terima kasih Pah

Bahan A-dihiris halus
Bawang merah
Bawang putih
halia

Bahan B
Kayu manis
Cengkih
Bunga lawang
Buah Pegaga

Bahan C
Rempah kari Alibabas
Santan
Kentang
Garam
Asam
kerisik
air

Cara-cara:
  1. Tumis bahan A dan bahan B hingga  wangi
  2. Masukkan serbuk kari(tidak perlu bancuh dengan air)
  3. Masak dengan api yang kecil-kacau
  4. Masukkan air dan kerisik hingga pecah minyak
  5. Masukkan tulang-air hingga lepas tulang
  6. Masak hingga mendidih
  7. Kecilkan api hingga  daging lembut
  8. Masukkan santan,kentang ,asam dan garam.


Thursday, March 3, 2011

poli ubi kayu

  • Ubi kayu
  • Garam
  • Kelapa muda
  • Gula melaka
  • Beras pulut
  • Air

Cara-cara

  1. Parut ubi kayu dan perah airnya . 
  2. Kemudian masukan air dan sedikit garam dan gaul rata.
  3. Masukan dalam loyang dan tekan untuk padatkan ubi dalam loyang kemudian kukus
  4. Masak gula nisan 
  5. Gaul kelapa muda dengan sedikit garam. 
  6. Goreng beras pulut sehingga kekuningan.
  7. Setelah poli  masak dan siap- Potong dadu dan gaul dalam kelapa muda
  8. Taburkan beras pulut tadi di atas poli setelah dicurahkan gula melaka .

pengat ketupat

Pengat ketupat ni selalu dibuat oleh Arwah Mak Aji
Terutamanya pada bulan puasa
mama suka sangat.
tapi...abah kurang suka
jadi... mama jarang buat
lalu....mama hanya makan bila balik rumah Tok Mi

  • ketupat
  •  santan
  • 2 helai daun pandan-basuh
  • Gula melaka
  • Sedikit garam halus
  • Telur-dipukul

Cara-cara

  1. Potong 2 ketupat
  2. Masukkan semua bahan kecuali telur
  3. Masak
  4. Apabila hampir masak curahkan telur dan kacau rata
  5. Angkat- kuahnya akan jadi pekat

candy kelapa

Bila mama baca blog chik
mama teringat semula(imbas kembali)
ya...mama pernah buat candy ni...
hihihi masa gadis sunti...

Rupanya dah lama  mama tak buat
dan kebetulan semingu selepas tu
ada candy atas meja mama
pemberian pelajar MPV
Terima kasih....

Mereka dah modenkan
dicelup dengan choklat  dan diletakkan dalam paper cupcake
dan ada hiasannya
kreatif pelajar2 ni(pasti idea cikgunya)

Hihihi...jadi mama tu teringin juga
nak merakamkan resepi candy ni dalam blog mama...

bahan-bahannya
Kelapa putih
Susu pekat
Planta- sedikit
Gula
daun pandan
pewarna merah

Cara-caranya
·  Masukkan semua bahan  dengan api perlahan.
·  Kacau  hingga adunan kering dan tidak melekat pada kuali.
·  Masukkan dalam loyang dan tekan bagi rata dan padat.
·  Bila sejuk, bolehlah potong dan hidangkan.

Tuesday, March 1, 2011

kuzi


 gambar diambil dari kasihredha

Bahan-bahan

  • 1 1\2 ekor ayam
  diperap dengan:
 halia,
5 ulas bawang merah
I ulas bawang putih
  • 1 botol tomato
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 kg bawang merah-mayang-goreng kuning dan diramas
  • 1/2 kg bawang besar -mayang -goreng kuning dan diramas
  • Rempah kuzi
  • Buah badam,kismis-goreng

Cara-cara

  1. Tumis rempah&masuk air panas,gula&garam
  2. Campurkan tomato dengan susu cair hingga sebati
  3. Masuk dalam periuk apabila air mendidih.
  4. Masuk bawang goreng yang dihancurkan
  5. Masuk ayam ,kismis dan badam.

pulut kacang

BAHAN UNTUK PULUT
  •  Beras pulut - rendam 2jam dan toskan
  •  Gula melaka/nisan- yg dimasak hingga pekat 


CARA_CARANYA:
  1. Kukus pulut hingga masak 
  2. Masukkan dalam bekas dan cuahkan air gula melaka
  3. Gaul rata

 gambar diambil dari kasihredha


BAHAN UNTUK KACANG
  • Kacang merah
  • Gula Melaka
  • Sedikit garam
  • Air 

CARA_CARANYA:
  1. Rendam kacang lebih kurang 4 jam
  2. Rebus   kacang hingga lembut
  3. Masukkan gula melaka dan sedikit garam
  4. Masak hingga kering
  5. Angkat
BAHAN TAMBAHAN:

  • 1/2 cawan kelapa parut putih - gaulkan dengan secubit garam

·  Hidangkan pulut,kacang dengan kelapa parut tadi

ayam sos tiram


Bahan A:
Ayam dipotong kecil
cendawan butang/ cendawan kering (rendam )
2 cawan air

Bahan  B ( ditumbuk)
bawang merah
bawang putih
halia 

Bahan  C (dipotong nipis )
Cili merah dan hijau
bawang besar

Bahan D
Sos tiram
1 sk lada hitam
1/2 kiub ayam

Bahan E
garam dan gula
daun sup dan daun bawang (jika mahu)
Caranya :-
1.panaskan minyak, tumis bahan tumbuk..
2.tumis sehingga naik bau...
3.masukkan bahan A
4.masak ayam sehingga lembut...
5.masukkanbahan E.
6.masukkan bahan C
7.masukkan bancuhan tepung jagung..
8.masukkan garam dan gula...
-taburkan daun bawang dan daun sup...

sira labu

Bahan-bahannya:

  • 1 biji buah labu sederhana besar
  • 1 kerek manisan
  • 5 senduk kecil gula pasir
  • 2-3 helai daun pandan
  • kapur makan
  • 2-3 sudu teh garam 


Cara-caranya:
1.rendam labu dlm air kapur -lebih kurang 1/2 jam
2.setelah itu bilas dan toskan
3.susun daun pandan dalam periuk.
4.kemudian susun  labu ,taburkan gula selapis demi selapis sampai habis
5.masukan sedikit air
6.masak dengan menggunakan api sedang
 7. masak lagi hingga air gula jadi pekat



sayur lemak labu



Bahan-bahan

1/2 biji Labu

santan 
 2 biji bawang merah
lada hitam
Isi ikan

sedikit udang kering(jika suka)
Garam secukup rasa


Cara-cara

  1. Kupas kulit labu - potong dadu
  2. Tumbuk bawang merah,lada hitam,isi ikan & udang kering.
  3. Masukkan labu bersama-sama bahan yang ditumbuk
  4. Masukkan  santan.
  5. Masukkan garam secukup rasa.