Saturday, August 20, 2011

sira nekbat

Nekbat yang belum disira
masa zaman kanak-kanak mama suka
makan nekbat yang belum disira...
rasa lemak2 walaupun tawar
Cara nak sira mudah je...
1.masak air,gula,daun pandan,bunga cengkih dan kayu manis hingga mendidih.
2.masukkan nekbat hingga meresap air gula

Wednesday, August 17, 2011

sotong goreng

BAHAN-BAHAN
4 ekor sotong - dipotong bulat
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
3 biji telur - dipukul dengan sedikit garam

CARA MEMBUAT
1. Bersihkan sotong dan ketepikan.
2. Campurkan kesemua tepung dan gaul sebati.
3. Panaskan minyak, celup sotong di dalam telur dan kemudian golekkan di atas tepung yang telah digaul tadi.
4. Goreng sehingga kekuningan.
5. Angkat dan sedia dihidang dimakan dengan nasi ataupun dengan sos.

ikan masing goreng

ikan kurau masin-dipotong kecil
bawang merah-dimayang
cili hidup-dimayang

cara:
1. goreng ikan masin hingga masak
2. masukkan bawang dan cili.

ikan percik




Bahan-bahan

Ikan
200ml santan pekat
4 ulas bawang merah - dikisar
    halia-dikisar
1 sudu besar cili giling
 asam jawa
Garam secukup rasa
gula

Cara-cara

1.Panggang ikan dengan sedikit garam
2.Masakkan 200ml santan pekat,bawang yang dikisar bersama dengan cili giling dan halia
4.Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa dan air asam jawa
6.Kacau sehingga mendidih dan santan pekat
7.Apabila masak bolehlah disiram di atas ikan yang telah dipanggang tadi-ulang beberapa kali

bubur lambuk besut


Bahan
2 cawan beras [rebus hingga jadi bubur]
1/2 kg keledek [dipotong kecil
1 s/b lada hitam
Serai

5 ulas bawang merah
5 tangkai pucuk ubi
5 tangkai daun cekur manis
1 ikat pucuk nidin
5 batang kangkung
2 tangkai dan kadok
4 tangkai daun kesom  

2 ekor ikan kembung
[bakar dan ambil isi] 
keresik
air secukupnya
garam

*santan(jika suka)

Cara membuat
1. Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2. Tumbuk lada hitam hingga lumat, setelah itu masukkan 10 ulas bawang merah, serai dan tumbuklah lagi sehingga lumat bersama isi ikan tadi.
3. Masukkan keledek dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama ikan yg dihancurkan ke dalam bubur nasi tadi.
5. Masukkan sayur-sayura & garam secukupnya sambil dikacau hingga cukup rata dan sayur layu.

acar timun

2 biji timun ( potong memanjang atau dihiris )
1 labu bawang besar ( hiris nipis)
1 biji cili merah( dihiris nipis)
2-3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
4-5 sudu besar cuka makan

Cara membuatnya
1.Bancuh gula ,garam dan cuka
2.Satukan semua bahan.

acar timun masak

Bahan-bahan  
A.
1 batang timun - potong memanjang
1 batang lobak merah -potong memanjang
B
2 ulas bawang putih -belah 4
1/2 bawang besar -mayang
3 sudu besar cuka
garam
gula
1 cawan air
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar cili giling
1/2 sudu kecil biji sawi

Cara-cara
1. Bahan A rendam dalam air garam
2.Panaskan minyak, tumis bawang putih
3.Masukkan serbuk kunyit dan cili. Tumis sampai wangi. Masukkan air. Biar sampai mendidih
4.Masukkan timun dan bahan-bahan lain.
Jangan terlalu lama. Agak-agak 2-3 minit. Kemudian padamkan api.

Thursday, August 11, 2011

ikan masin pedas

 Masa awal perkahwinan dulu 
abah selalu suruh mama masak ni...
mama lupa sejak bila mama terhenti masak  lauk ni
dan mengapa

hari ni sebelum balik kami berbincang nak masak apa
untuk berbuka...kat rumah masih ada kepala ikan merah
seorang teman mencadangkan masak sop ikan
ok....cadangan yang bagus
tapi tak cukup bahan...

juga sebelum balik ati kata semalam dia masak asam pedas
ala-ala pantai timur...
oooo tiba2 mama teringin dan teringat
jadi hari ni mama masak ikan masin pedas

A.Tumbuk

bawang merah
bawang putih
lengkuas
kunyit hidup
cili hidup

B.
ikan merah
bunga kantan
daun kesum
asam keping
garam
air

cara-cara:
masuk A & B
jerang hingga masak
siap....

kerabu macang

Bahan-bahan:
macang 
bawang merah
lada hitam
isi ikan rebus
kerisek
santan pekat 
limau nipis 
garam
gula
belacan

1 labu bawang besar( dihiris bulat )
1 biji lada hidup/beberapa biji cili padi


Cara-caranya:
1.Macang dicincang dan direndam dalam air garam
2.Angkat dan toskan dan masukkan ke dalam bekas.
3.Bawang merah, lada hitam dan isi ikan rebus ditumbuk lumat.
4.Kesemua bahan tumbuk, kerisek dan macang digaulkan
bersama-sama sedikit garam ,belacan,gula dan perahan limau nipis
Tabur bawang besar dan cili

Sunday, August 7, 2011

Begedel

Bahan-bahannya :-

6 biji kentang direbus/ dihiris nipis dan digoreng hingga empuk 
2 pokok daun bawang dipotong halus
bawang goreng segenggam
daging/ayam kisar 
1 biji telur ayam
sedikit lada sulah
garam

Cara-cara memasaknya :-
  • Lenyekkan kentang hingga hancur
  • Goreng daging dengan  sedikit minyak sehingga masak. 
  • Angkat dan gaul bersama kentang lenyek, daun bawang & bawang goreng.
  • Masukkan garam & lada sulah.
  • Bentukkan  bulat-bulat
  • Pukul telur 
  • Celup begedel ke dalam telur 
  • Goreng dengan api yg perlahan.

kerabu mangga


A. Bahan hiris/cincang halus
6 biji mangga muda
1 labu bawang besar
5 tangkai cili merah
6 bijii cili api

B.
1/2 cawan kacang goreng [tumbuk kasar]
1 sudu gula
2 sudu sos ikan
7 biji limau kasturi [ambil jusnya]
Garam secukup rasa

Cara:
1. Gaulkan semua bahan kecuali kacang tumbuk.
2. Masukkan pula kacang tanah.

Saturday, August 6, 2011

sambal mangga

Bahan-bahannya:
cili
mangga(dicincang)
isi ikan bakar(tumbuk)
garam
gula

Cara-caranya:
Tumbuk cili,garam gula dan sedikit mangga
Gaul dengan ikan tumbuk dan sebahagian lagi mangga yang dicincang

sayur koklot

 Masa kecil-kecil mama suka makan sayur ni...
Tapi bila arwah tok tak de lamaaa dah mama tak makan
Dulu2 tok mi ada juga masak
tapi dah lama...


Bila angah bawa buah stor semalam mama teringat balik
pada sayur ni...
Sebenarnya mama tak pernah buat...
makan je....jadi mama ingat2 lupa


Mama pun buka intenet
mama jumpa beberapa resepi yang hampir sama
tapi mama rasa dapur nur ede
lebih mirip dengan cara tok...


Ini resepi dapurSUREberasap(nur ede)
yang diubah suai sedikit
untuk lebih mirip resepi Tok(berdasarkan ingatan)


Bahan-Bahan
  • 3 ekor ikan selayang - bakar dan ambil isi ikan jer dan tumbuk lumat
  • 1 biji terung bulat di buang kulit dan potong 8 atau12
  • Kulit stor dipotong nipis...rebus dan ramas buang airnya
  • kulit rambai secukup nye... rebus dan ramas buang airnya
  • 8 urat kacang panjang di potong 2 inci - celur sekejap
  • Petai diambil bijinya
  • 2 biji bawang besar di potong 4
  • 2 biji lada merah di hiris memanjang
  • Santan
  • Bahan perasa secukup rasa
Cara-Cara:
- Masukkan santan dengan  semua sayuran,lada merah,bawang dan isi ikan yang telah di tumbuk lumat dan jerangkan di atas dapur
-Sentiasa kacau perlahan2 supaya santan
tak pecah minyak dan letakkan bahan
perasa secukup rasa

puteri mandi

Bahan-bahannya:
2 cawan Tepung pulut
1sdt garam
1 cawan air
1.2 cawan kelapa parut- ambil yang putih sahaja
3/4 cawan gula ( mengikut rasa)
2 helai daun pandan
Pewarna merah,kuning dan  hijau

Cara-caranya:
A.
Masukkan kelapa, gula , air,  daun pandan dan sedikit garam
Masak hingga  menggelegak
Biarkan sehingga mendidih dan tiada air.

B.
Tepung pulut  dibancuh dengan air.
Uli sehingga tepung tidak lagi melekat di tangan mahupun disekeliling mangkuk.
Bahagikan beberapa bahagian & setiap bahagian diletak pewarna.
Bulat2kan adunan sebesar guli dan kemudian tekankan ditengah.

Sementara itu, panaskan air didalam periuk.

Apabila air telah mendidih, masukkan doh yang telah dibulat2kan tadi hingga timbul
Masukkan doh yang telah direbus ke dalam A.
Gaul rata  dan bolehlah dihidangkan.