Saturday, January 29, 2011

Nasi dagang Tok

Semasa arwah Tok ada...
Arwah terkenal dengan kepakaran memasak
Tetapi ketika itu mama tidak berminat...
Apabila Tok sudah tiada...
dan usia mama juga meningkat
mama mula mencari resepi
makanan kegemaran...
Lalu mama belajar dengan tok long
yang juga katanya dapat dari arwah tok.
iaitu:




4 cupak beras
1 cupak beras pulut
halba
bawang merah yang dimayang nipis
Halia dipotong nipis
garam
gula
santan pekat(1 gantang beras=1 kilo santan)
santan cair

Cara-cara;
  1. Beras yang direndam 1 malam  dikukus  sehingga masak.
  2. Kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair, bawang merah yang dimayang dan halba.
  3. Kukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul rata bersama santan pekat yang sudah dicampur gula dan garam. .

Mudahkan...cubalah

No comments:

Post a Comment