Sunday, January 30, 2011

rendang ayam


A.)
  • bawang besar 
  •  bawang putih
  • serai
  • halia
  • lengkuas
  • kunyit hidup
  • cili kering
  • biji cili api
  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • 2 keping asam gelugor
  • gula
  • Garam secukup rasa

    Cara-cara:
    -Bahan A dikisar
    -Masukkan Bahan A bersama ayam dan santan
    - Didih dalam periuk perlahan-lahan.
    -Masukkan daun kunyit dan masak 
      sambil dikacau selalu hingga kuah pekat.
    -Masukkan kerisik, garam, gula dan asam.
    -Didih lagi hingga ayam empuk.
    -Angkat dan hidangkan.

Saturday, January 29, 2011

Kek Batik

Resepi   ini mama dapat dari seorang teman-Kak Zon
Dah lama dapat
semasa bertugas bersama-sama dulu
Ketika kami mengantuk kami akan bertukar-tukar resepi
Biasanya mama akan simpan
Bertemu tahun depan bincang hal resepi lagi
Tapi...bila ditanya,jawapannya
BELUM CUBA....hihihi

Tapi yang ini berbeza
Mama dah cuba...
best...

Lihat bahan dan cara
agak mudah
tapi hasilnya ummmp...


1.   1 butter
2.   2/3 susu pekat
3.   2 biji telur-dipukul
4.   1 cawan milo
5.   1 cawan air masak
6.   sekepal(hihihi) cooking coklet

7.   1 bungkus biskut marie
8.   500 gm kacang tanah ditumbuk kasar

1.   masukkan no1-6 dalam kuali
2.   kacau hingga cair
3.   ketika kuah pekat masokkan biskut yang telah dipatahkan dan kacang
4   .masukkan dalam loyang-tekan supaya padat
5.   simpan dalam peti sejuk





rojak betik

Baru-baru ni masa hari raya puasa Tok Cik buat rojak betik...
Lama tak makan...
Biasanya di kampung Tok Mi selalu buat
best....
  •  1 biji betik muda diparut
  • 1/2 sudu teh kapur makan (untuk merendam betik yang telah diparut agar betik itu keras)
  • timun 
  • nanas
  • keropok goreng
























  • BAHAN UNTUK KUAH 
  • 9 ekor ikan kembong/selayang 
  • sedikit ikan kering
  • 5 sudu besar cili boh 
  • 1 keping nisan
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 cawan cuka
  • sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • 1 1/2 liter air

Cara-cara     

-Tumbuk isi ikan  dan ikan kering

- Masukkan  isi ikan,air, cili boh dan nisan dan ke dalam periuk. 

-Masak hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit 

-Masukkan cuka dan asam jawa

-Masukkan  gula dan garam.

-Masak hingga mendidik

Lebih sedap dimakan dengan keropok...

Kuah rojak ini juga boleh dimakan dengan keropok sahaja...


ikan kukus


Ikan kukus atau ikan rebus
digunakan untuk membuat lauk nasi dagang
malah ikan kukus ini boleh dimakan terus dengan nasi.

Cara-caranya ialah:
1.ikan tongkol dipotong dan dibersihkan
2.susun ikan dalam periuk
3.taburkan garam,asam keping dan gula melaka
4.ulang proses tadi hingga ikan itu habis
5.masokkan sedikit air
6.masak dengan api yang perlahan.
7.Ikan ini lebih sedap jika dimasak 2-3 hari sebelum
dibuat gulai nasi dagang

Selain itu ikan ini juga boleh digoreng
dan dimakan dengan nasi,
dengan pulut
dengan ketupat
dan boleh dibuat
sambal nasi lemak
best....

lauk nasi dagang -ayam

Mama masih ingat selain lauk ikan
Tok pernah buat lauk udang,ayam dan telur
Lauk udang dah lama mama tak makan.

Tapi bagi mama kalau makan nasi dagang .
mama suka lauk ikan
Tetapi anak-anak suka lauk ayam
Jadi biasanya mama akan masak
dua jenis lauk iaitu ikan tongkol dan ayam.

Jom lihat bahan-bahan dan cara-caranya

1 ekor ayam
 1 rempah kerutuk/kari
kerisik
garam
gula melaka
asam keping

*bawang merah
*bawang putih
*lengkuas
*halia
*cili kering

Cara-cara:
1.*dimesin
2.Tumis rempah yang dimesin hingga masak
3.Masokkan santan hingga pecah minyak
4.Masokkan ayam,kerisik,garam,gula melaka dan asam keping
5.Masak dengan api perlahan
6.Masukkan cili hidup
Selamat mencuba...




Lauk nasi dagang-ikan

Seperti irama dan lagu
begitu juga nasi dagang ada lauknya
Ini adalah resepi turun temurun
keluarga kita
 A)
lengkuas
kunyit hidup
bawang merah
bawang putih

B)
Jintan manis
ketumbar
cili kering

C)
santan

D)
Ikan tongkol/aya yang telah dikukus/rebus

E)
Cili hidup

Cara-cara:
1.A dan B dimesin berasingan
2.Masak santan hingga pecah minyak
3.Masukkan bahan A dan bahan B
4.Masukkan ikan kukus dengan air ikan kukus dan asam
5.Masukkan garam,gula melaka dan asam keping

6. Masak dengan api perlahan
7. Masukkan cili hidup

Dah siap....

Nasi dagang Tok

Semasa arwah Tok ada...
Arwah terkenal dengan kepakaran memasak
Tetapi ketika itu mama tidak berminat...
Apabila Tok sudah tiada...
dan usia mama juga meningkat
mama mula mencari resepi
makanan kegemaran...
Lalu mama belajar dengan tok long
yang juga katanya dapat dari arwah tok.
iaitu:




4 cupak beras
1 cupak beras pulut
halba
bawang merah yang dimayang nipis
Halia dipotong nipis
garam
gula
santan pekat(1 gantang beras=1 kilo santan)
santan cair

Cara-cara;
  1. Beras yang direndam 1 malam  dikukus  sehingga masak.
  2. Kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair, bawang merah yang dimayang dan halba.
  3. Kukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul rata bersama santan pekat yang sudah dicampur gula dan garam. .

Mudahkan...cubalah

Wednesday, January 26, 2011

riak-riak di air


Suatu ketika
mama suka bela ikan
mama suka tengok ikan 
berenang tenang...
tanpa gangguan

Paling mama suka
ikan emas
suka tengok ekornya bergerak
dan paling suka bela
dalam balang ala-ala macam ni...
simple...
Mama juga penah bela
pelbagai jenis ikan
yang pelbagai warna
mama suka pada warna-warna
yang tercalit pada badan ikan
yang melambangkan pelbagai ragam
Tapi
Itu hanya tinggal kenangan
balang telah bertukar
berisi bunga hiasan...
huhuhu
Tapi...
bila mama dah dapat sesuaikan
masa dan keadaan
mama akan bela balik
walaupun seekor ikan laga..
hihihi...

anggerik dekat di hati

Sejak dulu mama suka pada bunga
mungkin itu naluri biasa 
bagi perempuan...
antara bunga yang menjadi kesukaan mama
ialah anggerik atau orkid

Dalam kesamaran...zaman kanak-kanak
ruang ingatan mama masih terbayang-bayang
aruah Tok Ki pernah tanam orkid jenis ini.
Ditanam di hadapan rumah
lebat bunganya...cantik...
Mama cuba juga tanam
tapi...hingga kini belum berbunga.
huhuhu...












Orkid jenis ini juga mama pernah tanam
Tapi...kini jadi tinggal kenangan
Usahkan bunga,pokok pun dah tak ada
malah pasu pun...



Kalaulah mama boleh putarkan masa
pasti lebih indah...
tapi ...tidak mungkin...
mama rasa masa dan tenaga
kurang mengizinkan
kerana usia menentukan segalanya...
Mama tetap bahagia 
mengimbas kembali
detik-detik yang telah pergi...