Saturday, August 6, 2011

puteri mandi

Bahan-bahannya:
2 cawan Tepung pulut
1sdt garam
1 cawan air
1.2 cawan kelapa parut- ambil yang putih sahaja
3/4 cawan gula ( mengikut rasa)
2 helai daun pandan
Pewarna merah,kuning dan  hijau

Cara-caranya:
A.
Masukkan kelapa, gula , air,  daun pandan dan sedikit garam
Masak hingga  menggelegak
Biarkan sehingga mendidih dan tiada air.

B.
Tepung pulut  dibancuh dengan air.
Uli sehingga tepung tidak lagi melekat di tangan mahupun disekeliling mangkuk.
Bahagikan beberapa bahagian & setiap bahagian diletak pewarna.
Bulat2kan adunan sebesar guli dan kemudian tekankan ditengah.

Sementara itu, panaskan air didalam periuk.

Apabila air telah mendidih, masukkan doh yang telah dibulat2kan tadi hingga timbul
Masukkan doh yang telah direbus ke dalam A.
Gaul rata  dan bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment